Kiyowo.


a girl who loves food more than people



Theme ©



KL - Melaka part 1
11.12.12 | 0 comments
     Assalamualaikum semua! Yana lagi! Hihi kali ni aku nak cerita pasal holiday dekat Melaka.Lol,sebenarnya dah lama kot percutian ni,tapi aku tak sempat nak post.Malas pun ada.Sorry tau awak.Gambar tak dak,sebab abang kita belum upload :( So, here we go!

21 November 2011

     Aku baru bertolak dari Kedah.Mula-mula aku pi rumah abang aku dulu dekat Bertam. Sebab Kak B kerja. So tunggulah.Aku pun tengok ah tv. Cita ape tah time tu.Lepas Kak B, balik tu. Abg pun balik dari sembahyang jumaat.Kitorang pun bertolak.First, singgah dekat restoran mana tah. Beli makanan dulu.Lepas tu kami pun bertolak lah pergi en.Dalam kereta aku baca novel 'Cinta High Class' Best jgk lah.

Dalam pukul 11 lebih tu baru kami sampai dekat KL.Mula-mula Kaklin suruh tunggu dekat Petronas dulu.Sebab dia nak ambik Kekka dengan Ajim.So,kami tiga pun tunggulah tunggu.Sempat solat dekat Petronas tu.Gila surau dia cantik bah.Dah sampai rumah klin,abg kata dia lapar en. Klin ajak pi makan dekat restoran ape tah.Kami pun gi ah satu restoran ni. Order sate dgn sup tulang. Sedap ah sup dia. Nak lagii!Lepas pergi situ, kitorang singgah uptown. Tak beli apa-apa pun.Jalan je.Balik rumah klin pukul 2 lebih.

22 November 2011

Pagi tu lepas solat Subuh, kami siap-siap ah.Sebab hari tu kami nak pergi Melaka!Hehe dalam pukul 8 lebih macam tu baru kami bertolak.Klin ngn suaminye,Abg Sham tak ikut.Diorang kerja.Hehe.Dalam perjalanan,semua buat hal masing-masing.Aku time tu merenung masa depan.Hahaha.Lama tu kami sampai dekat RNR.Kat situ,kira kami dah nak masuk kawasan Melaka la.

Kami breakfast dekat sana ah.Makan nasi lemak.Berlemak aku jadinya.Pastu kami semua duk cakap-cakap lah macam biasa en,tiba-tiba abg nampak seorang pak cik ni.Kira bawah ni macam dialog lah . ehehe

Abang : Weh ika, tu macam pengetua hang ja dulu.  /Kekka pun tengoklah pakcik tu\

Kekka: Uish,tak daklah. /pastu,tiba pakcik tu mai kat kami/

Pakcik : Assalamualaikum.

Kami : Waalaikumussalam.

Pakcik : Dah pecahcepat belum?  /kami semua muka pelik gila.Tak faham apa yang pakcik ni cakap/

Kami : Apa?

Pakcik : Dah pecahcepat belum? /Kekka ingat.Dia nak tanya, dah nak belah cepat belum.Sebab dengar macam belah/ 

Kekka : Oh belum. Pakcik tu tanya soalan yang sama lagi.Kekka pun jawab yang sama.

Pakcik : Haha nak tau pecah cepat tu apa?  Kami pun angguk jelah. Pecah tu Break. Cepat tu Fast. Breakfast. Time tu mmg kami rasa macam terkenalah.Pastu,kami gelak je.Then abang tanyalah pakcik tu dari mana.Pakcik tu cakap dia dari Melaka.Dia nak pi rombongan anak sedara dia kahwin. 

Pakcik : Duduk  mana? Abang aku pun cakaplah.Abg aku kata,Ajim belajar dkt UTHM. Kekka dkt UIA. Abg ngn Kak B dkt Bertam. And aku dekat Sg Petani.Panjang gak ah en.

Pakcik : Salah tu. Semua pelik ah.Asal salah pulak?

Pakcik : Kamu semua duduk dekat kerusi.  Terkena lagilah kami ni.Abang aku tanya ah pasal anak sedara pak cik tu.Sebab abg aku macam kenal je kan.

Pakcik : Ni  dari mana? Sekali lagi abang aku terang.Abang aku cakap kami semua dari Sg Petani.Cuma Kak B je dari Penang.

Pakcik : Salah tu. Haa sudah.Apa yang salah lagi en.

Kekka : Datang dari perut ibu, eh pakcik?

Pakcik : Haa betul tu. Kita ni datang dari perut ibu. Semua gelak.Memang terkena lagi ah time tu.Abg ah paling teruk en.Pastu pakcik tu nak pergi dah.Family dia dah panggil.Sebelum tu,sempat lg dia pesan.

Pakcik : Nanti pekena ah orang macam ni. Semoga kita jumpa lagi. Assalamualaikum.

Kami pun belah ah dari RNR tu. Sejak tu, semua dah pandai pekena orang.Pakcik tu mmg psycho.Kami ada nmpak lah songkok dia lambang UIA. Kekka kata, maybe pakcik ni prof psycho kot.And kami pun berharap sangat jumpa pakcik tu lagi.Kami pun bertolak ah pi bandaraya Melaka.

Sampai dalam pukul 11 atau 10 camtu kot.Aku rasalah.Mula-mula cari tempat parking.Bila dah jumpa,tempat pertama yang dituju,Menara Taming Sari.Nak naik tu kan, sorang kena RM20.Gila.Tapi masuk gak en.Naik taming sari tu,tak berapa best sangatlah.Tapi okaylah boleh tengok Melaka ni.Dari atas nampak semua macam permainan je.Comel je.Lepastu,kami pergi mana tah yang ada kereta api macam-macam tu. Muzium Islam lah. Muzium apa lagi pun aku tak ingat.

Then kami pi A Famosa.Pastu,church apa ke benda aku tak tau. Tengok ajelah.Then kami pi kedai cenderamata ni.Beli ah sikit.Kak B dgn Abg je beli.Aku nampak ah beca banyak-banyak en.Cantik siot.Hahaha teringin nak naik.Then aku cakap dekat kak aku.

Aku : Kekka jomlah naik beca.Nana belanja

Kekka : Kalau hang nak belanja kekka, hang kena belanja semua sekali.

Aku : Kat Penang ada gak kan beca?

Kekka : Ada. tapi tak banyak dah.

Aku :  Oh,kalau macam tu nana cari orang Melakalah.Hahaha

Kekka : Hahaha mak suruh kekka cari orang dkt ja.Hang nak cari dkt Melaka.

Aku : Mak suruh hang kekka.Bukan Nana.Hahaha Lagi satu, Melaka ni bandar bersejarah.

Kekka : Heh! Penang pun bandar bersejarah. Francis Light tu apa?

Aku : Hmm, nana rasa... nana lebih suka kisah Parameswara dari Francis Light  Balasannya aku kena luku.Hahaha.

Pastu,kami semua pun jalan dan jalan lagi.Then kami singgah Istana Negara.Gila besar jugaklah kat situ.Aku
ngan Kekka pun jalan.Pastu,aku tiba-tiba ternampak satu tangan patunglah kan. Tiba-tiba aku teringat satu video ni.Aku pun panggil Kekka.

Aku : Weh kekka. Tu, I'll be back Kekka pun nampak then dengan spontannya dia buat macam tu gak.Aku tak tau nak cakap macam mana. ( http://www.youtube.com/watch?v=jMdofhj9WKU ) Tengok video tu.Bila diorang sebut perkataan 'I'll be back' je.Dia angkat ibu jari kat atas en.Sama ah macam kak aku.Tapi,kak aku penuh gaya.Hahaha.

Aku : Weh kekka. Belakang hang tu ada CCTV. Kak aku pun pandang belakang.Siap tunjuk muka dia lagi.Kami keluar dari Istana Negara tu.Kira duk gelak-gelak ah pasal ni.Serious lawakk.Cerita dekat Ajim pun,dia gelak sekali.

Aku sambung part 2 nanti lah.Hehehe. Penat menaip :P






NEWER
PAST



follow profile linkies archive refresh