Kiyowo.


a girl who loves food more than people



Theme ©



Diploma Penulisan Artistik / Kreatif Uitm Puncak Perdana
21.5.16 | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t and helllllooooooooo guyssss. Long time no see gitu. Serious long time. Last aku hupdate 2014 gitu. Lama jugaklah kan setahun tu aku menghilang sekarang baru aku muncul.Biasalah 2015 tu aku busy dengan SPM. Lulz busy sangat en liyana result tak straight As pun. Apa-apa pun aku bersyukur jugaklah dengan result aku nih. 

Okay time isi upu hari tu aku letak course penulisan artistik ni sbg first choice sebab aku ingat interview kena letak atas sekali. Tapi memang aku minat course ni pun. Sebab aku memang suka menulis. Time zaman gila dengan kpoppers tu kerap jugakla aku buat fanfic. Chanyeol cinta Eunjo la apa la semua. Ee geli aku baca balik.

So bila keluar result utk temuduga, aku dapat pi temuduga tu. First-first tu macam ragu-ragu jugak lah. Eh nak pi ke tak nak eh nak pi ke tak eh sebab klu aku pi kena pi dkt Uitm Puncak Perdana tu terus. Aku lak dari Kedah. So, atas sokongan keluarga dan rakan-rakan,aku pergi la. 

Wktu interview utk Diploma Teknologi Kreatif : Penulisan Artistik/Kreatif ni? Nahhhhh ketaq baq hang waktu memula. Aku kemain search pasal interview tu.Hat senior-senior apa semua,Ada yang membantu ada yang tak. Butterfly duk stay dalam perut aku lama kot. Ketaq gila. Wkwkwkw. 

Then sampai sana,ada la aku jumpa beberapa orang yg sama course ada yg course teater. Hat course teater semua lawa-lawa baq hang. Rasa macam potato ja diri ini bila duduk sebelah depa.Wkwkwkwkw. Okay hari tu boleh pulak aku terlupa nak photostate surat beranak mak ayah aku. Aku duk ingat dah nak kena balik dah sebb lupa bawak. Sedih jugak la klu kena balik, dtang jauh dari Kedah :') tup-tup kena balik. Tapi, depa takdaklah sekejam itu. Depa suruh emailkan je. Okay, jangan lupa bawak semua tau. Jangan buat kerja dua kali nak pi email depa pulak. Jangan. Prepare elok-elok. 

Okay dah turn aku utk ditemudugakan, aku macam "Omg nervousnye tak nak kena interview la." Perasaan menyesal datang tu muncul. Sebab aku mmg jenis tak confident nak cakap so rasa macam nak balik je. Tapi aku pergi jugakla. Memula ada dua org ja interviewer. Dua lelaki, aku ingat dapat lelaki. Tapi tengok-tengok ada dua orang perempuan masuk. Okay soooooo aku pun masuk. Memula macam hesitate jugak la eh nak pi yang mana satu. Yg sorang tu nmpk macam garang. Yg sorang lagi nmpk mcm baiiiikk je. Okay jangan jadi macam aku judge dari luaran.Okay pastu yang macam baik tu macam bagi signal la supaya pi dkt dia. Ok aku pun pi. 

Okay time interview ni ada dia guna bhasa inggeris ada guna melayu ja. So, kalau dia tnya b.melayu jawab la b.melayu.Klu english,jawab english. Aku dah kurang mengingati soalan apa yg dia tanya tapi lebih kurang dia suruh introduce yourself, lepas tu kenapa pilih course ni, mak ayah tk cakap apa-apa ke time pilih course ni, then apa lagi tah. Haaa dia ada tnya sem1 target dapat berapa, aku ckplah klau boleh 4flat. Then dia cabar aku suruh dapat 4flat utk sem1 wkwkwkwkw and I said okay. T_____T Then,she wrote Liyana 4Flat. 

Okay pastu dia ada tnya karya aku, tapi aku lupa nak bawak. So lain kali hampa bawak ja karya.Walaupun dia tak suruh bawak tapi bawak ja.Lepas tu dia tnya minat buku genre apa lepas tu yg terbitan mana. Aku cakap Fixi. wkwkwkw. Bagi aku , aku suka Awan. sbb cita tu serious beautiful. Entah bagi aku la. Then apa lagi tah. Bnyk jugakla. Aku jwb dgn okay gak la. Tapi part soalan "Do u have any question?" Aku stuck. NAK TNYA APA DO AKU LUPA DAH NERVOUS PUNYA PASAL. Okay prepare soalan utk interviewer tu sesiap. Bagi dia pulak ketaq nak jawab nanti.Wkwkwkwkw. Interviewer tu mcm tnya la "Liyana, klu awak tk dpt, awak give up menulis?" Aku senyum then jawab "Tak, sbb menulis ni mcm hobi saya dah." 

Lepas tu aku macam down jugakla. sebab aku rasa mcm tak dapat. Serious down, aku cuba hiburkan hati aku dengan menari dan sbgnya tapi still down.Then, macam redha jugaklah. Klu aku dapat Alhamdulillah. Tk dapat pun Alhamdulillah. Mana-mana pun okay. Lepas tu sementara tunggu result upu tu, aku masuk form 6 dulu. Form 6 rasa macam okay gak la en. Yuran murah sikit. Lepas tu stay ngn mak abah boleh makan sesedap kit.  

Lepas tu result upu pun keluar. And, aku dapat tawaran course ni. Aku macam WOOOOOOW SO I DID IT? Aku rasa macam aku buat teruk hari tu. Alhamdulillah. Rezeki aku. Memula hesitate jugakla nak pergi ke dak sebab rasa macam dah sayang form 6. Sebab klu aku stay from6, aliran aku ke arah bidang penulisan gak. Same to same ja.Then, abg macam suruh pergi jugakla sebab boleh belajar banyak en plus belajar dari prof sendiri. Cikgu-cikgu form 6 yang nak bebudak form 6 keluar lebih ramai pun lagilah menggalakkan aku pergi. Kawan-kawan perempuan ramai jugak yg suruh pi. Yg lelaki kata "jngn pi nanti aku nak tengok muka comey hang macam mana." Sekoq-sekoq bangang hahahahhaha time aku ada kemain depa kutuk aku huduh memacam.Tapi aku relax ja. 

Ada sorang kawan lelaki aku ni nama dia Najmi. Aku memula macam tk mau pi. lepas tu dia yakinkan aku. Aku risaulah kan kena byaq duit apa semua. Then dia kta "Liyana, duit boleh dicari. Tapi peluang mcm ni susah nak dapat. Hg dapat Uitm kot. Okay la. Dari aku yang tk dapat apa langsung." Aku mcm tersentuh sikit dan decide utk pergi. Tapi bukan sbb tu ja. Aku give up form 6 sebb sejarah. Eeeee hahahahhahahaha. Nak kena belajaq abad abad pulak. Cukuplah SPM punya.

Dan 24 May 2016 ni aku nak pergi daftar dah dkt sana. Nebessss weh kalau difikirkan. Barang-barang semua dah beli. Cuma nak pi daftar ja. 

Doakan aku dapat roommate yg baik lah yeeeeew.Amin heheheheh

Okayla tu ja kot. Kalau ada apa-apa pasal MDS ke sem1 ke aku infrom lain. Hihihiihhii thanks membaca <3

NEWER
PAST



follow profile linkies archive refresh