Kiyowo.


a girl who loves food more than people



Theme ©



Cuti Sekolah
18.6.14 | 0 comments
Hai assalamualaikum dan salam sejahtera and annyeonghaseyo! hehehehe lama tak aku tak update blog ni? dah dua bulan aku tak update ni rindu aku tak hahahah.Okay gambar dekat atas tu toothless.Dia boyfriend aku yang kedua. hohohohohoho.Comelll kan dia. Okay dalam entri ni aku akan cerita juga pasal dia. Baca jeeee.

Sekolah dah bukak dah. hahah hari ni pun dah hari rabu kot.Cepat betul masa berlalu. Arghhhhhhh tahu tak bukak sekolah ni aku dapat result exam and dapat banyak G.And entah nak cakap padan muka dekat diri sendiri siapa suruh tak study. Study pun sikit jer. Erm.Aku kena sedar aku dah f4 okay tak leh memain. hohoh lupakan pasal tu.Aku sebenarnya nak cakap pasal cuti hari tu.

Okay cuti hari tu sumpah aku cakap aku makan , tidur,buat kerja rumah sikit,tengok drama korea,Running Man, Roommates, One Piece, tengok tv dan semua aktiviti aku hanya luangkan masa di rumah dan hanya terperap di dalam bilik. Aku tak keluaq langsung okay. Erm tipu keluaq jugaklah. And aku tak pernah makan kenduri lagi hari tu. Cuti kali ini memang membosankan dan aku rasa nak pergi sekolah cepat-cepat. haih.

Then 12 June hari tu, aku pergi kilang NAZA dengan rakan sekelas.Best jugaklah, dekat sana aku tengok macam mana nak buat kereta bagai. And yeah lol malas cakap banyak. And you know what, semua classmate aku ni suka sangat dengan 'selfie' sampai aku sendiri rasa meluat dengaq perkataan selfie tu.Okay aku langsung tak dak dlm gmbaq ketika mereka selfie. Sebab aku bukan jenis yang suka selfie. And perkataan selfie jadi salah satu perkataan yang aku meluat nak dengaq.

Lepas tu 13 June, adalah hari yang paling ditunggu-tunggu sejak bulan 1 lagi. Aku dengan Aimy dan Fatin pergi tengok wayang cerita How To Train Your Dragon 2.I mean seriously that day one of my happiest moment ever. hehehe. At first, aku dengan Aimy bincang en, kami ajak Amanina.Tapi ayah dia tak bagi. So that time hampir tak jadi ah sebab pengangkutan utk balik tak ada.. Then Aimy ajak Atyn, and ayah dia boleh ambik time balik.Ape lagi syok ah. Kami ajak Umi gak ,tapi lol umi pergi masing-masing and kami tak jumpa dia pun that day.

Pagi tu aku excited gila. Aku tidur dalam pukul 6 lebih (my bad) then terjaga pukul 9 lebih. hehehe nampak tak excited dia. Lepas sarapan sidai kain apa semua, around pukul 11 tu aku pergi mandi then siap-siap apa semua.And call aimy dia cakap yang dia dah bertolak pergi ambik Atyn. So, aku pun keluaq dari rumah pergi dekat kedai bihun sup. Okay that day pakaian aku simple gila, hanya t-shirt hitam, tudung serlum bunga-bunga, kasut erm entah tapi tutup, jeans. hohohoh. Simple en. Aku tak ada fashion sense. 

Lepas mak aimy dah ambik then bertolaklah kami pergi ke VM. Sampai VM, kami pergi tempat juai tiket dulu.Time kami tengok, cerita HTTYD 2 tak ada 3D T_T, Maleficent jaa ada 3D. Padahal aku duk berharap ada 3D lah. Then beli jugak. Harga tiket dalam RM12.Kami pilih tempat tengah-tengah gak. Aku guna duit aku dulu untuk bayaq en. Lepas beli tiket kami pergi kedai MR DIY. Dekat sana aku beli kotak pensel and holder apa tah. hohoho. 

Okay after that, semua pakat lapar kami pergi tesco, memula pergi food court tesco tu, aku tak berapa lalu sangat.Pastu kami pergi KFC, beli burger tuu, tak tahulah nama dia.Janji burger. Lepas makan, kami pergi solat apa semua sbb that time dah pukul 1:45 macam tu.Lepas solat, kami tunggu dekat depan wayang tu beli popcorn dan air Sprite.Aku nak beli nachos macam D.O tapi tak da.Gedik tak.Kami pun masuk tempat tu. Aku ingat lagi kami masuk bilik dua. Then carilah mana tempat kami.Tempat duduk kami barisan H. Atyn kerusi no.7, Aku 8 and Aimy 9. Tempat tu mmg best ahh. 

Time nak mula tu kan dia pasang iklan dulu.Okay to be honest, that was my second time watching movie at cinema.So aku pun tanya aimy, "weh sure ke?kenapa dia tayang transformer?" then Aimy jawab "Betullah.Ni iklan ja" I kept feeling yang kami ni salah masuk bilik. Then wayang tu dah start, and mmg betul cerita tu. Hohohoh serious that time aku rasa "Wah aku tgk wayang?" "Betul ke aku tengah tengok wayang ni" Sebab second time kot. First time tengok Geng Pengembaraan ape tah yang ada upin ipin tu.Waktu darjah 5.

Aku pun tengoklah wayang sambil makan popcorn, sekali sekala aku minum jugak air Sprite tu.Cerita tu ada jugak lawak.And aku menangis kot time tengok cerita tu. Part yang Toothless terbunuh ayah Hiccup sebab dia kena pukau dengan raja naga.Ada gaklah scene sedih yang aku nangis ehehehe. Aimy dia tak nangis. LOL. Atyn nangis sebab aku nangis. Hhaha apedehal. Serious best cerita tu. Mmg tak rugi RM12 dan 1 jam.Muka Hiccup, Astrid dan yang lain berubah, sebab 2tahun yang lalu kot?Astrid makin cantik.Hiccup tak handsome sangat. Aku suka time HTTYD 1 lagi. hehehe. Serious aku cakap, korang patut tengok cerita tu sebab mmg best. Hohoho. I give 10 out of 10 star.

Lepas habis tengok wayang, kami pergi jalan-jalan satu vm jap.Tangkap tangkap gambar bagai.Hahaha kebanyakan gambar kami ambik kelakar okay.Tak tahan gelak.Hahahaha. Then Atyn call ayah dia.Sementara tunggu ayah atyn mai kami pergi kedai ape tah. Then ayah atyn call ckp dah ada dkt dpn, kami pergi dkt luar.Cari punya cari, tak jumpa pun.Rupa-rupanya ayah atyn pergi dkt AJM. lol. Haha then km tangkap gmbar dengan banner starbucks. hahaha. Then ayah atyn sampai kami balik. 

Lepas tu dkt twitter aku tak habis-habis tweet pasai cita tu sampai org menyampah. hahaha.Pokoknya that day mmg fun larh, aku tak tau nak describe macam mana punya fun, biar aku ja yang rasa. Then aku dengan Aimy rancang untuk tengok HTTYD 3 bersama Gangbao. Mungkin time tu semua orang boleh tengok. hohoho. 

So dekat bawah ni gambar-gambar time aku dekat sana. lol

 
Ni time makan dkt kfc lol. 


Burger ni lah aku cakap, Zinger menda tah. Kecik ja tapi kenyang gak arh.



Popcorn, ni popcorn aimy. Aku punya regular, dia large. lol


Dlm wayang, before start movie. lol sempat lagik hehehe.



Me and Aimy with lollipop Atyn.

 
Antara semua, gmbar nilah paling elok pun kami bertiga.Hat lain blur ja haha.

 
Me and Atyn.



Aku dengan Aimy



Muka 'KamuYakin' kononnya.


Bajet tak cukup nak beli starbucks, tangkap gmbar dgn banner pun boleh.


Dalam kereta, otw nak balik.

Hahaha daaa tu ja kot. bye Assalamualaikum.



Tao mereng
 
Sehun gila
  

D.O and the zombie at de back.

Adios. 



NEWER
PAST



follow profile linkies archive refresh